Followers

Rabu, 6 Jun 2012

CITA-CITA

Kalau AS ingat balik masa sekolah, macam nak tergelak pun ada. Eleh, korang pun mesti sama kan. Ok, yang nak tergelaknya fasal isi ruangan cita-cita masa di sekolah dulu tu. Kena isi tiga cita-cita setiap tahun. AS selalu letak cikgu setiap tahun. Selepas tu ada doktor la, saintis la, polis pun ada. Masa darjah tiga dulu, AS cakap dekat cikgu nak jadi polis, cikgu cakap takkan nak jadi polis? Gaji sikit. Terus cikgu cadangkan pegawai polis! AS terpinga-pinga....hah? em....ok...AS pun setuju je la bagi cikgu isi. Masa sekolah menengah pun kena isi jugak rasanya borang alah ni, tapi masa sekolah menengah rasanya AS tulis keje yang lebih banyak gajinya....hahahaha...maklumlah, dah baligh! Hahaha....Persoalannnya kan, masa kita isi benda tu, kadang-kadang rasa macam isi sebab terpaksa. AS tak rasa apa-apa pun masa isi tu. Mungkin sebab tu la, AS tak jadi pun semacam yang AS tulis cita-cita AS dalam borang tu.

Ada bakat jadi model tak?
Pada ketika ini AS hanya mengejar cita-cita sebagai seorang penulis dan juga pensyarah. Insya-Allah AS nak sambung master dan raih cita-cita idaman AS. Doakan ya!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan