Followers

Selasa, 8 November 2011

WORDLESS WEDNESDAY #4

LELAKI SWEET


Assalamualaikum Warahmatullah. Dah pukul 2 pagi sewaktu AS menaip entri ini. Oh ya AS yang sweet ni nak wish Salam Aidiladha kat korang. Korang melantak berapa kilo daging hah? Actually AS memang tak makan daging pun.

Korang tengok tak Nora Elena? Mesti ramai tengokkan sebab lwatak Seth lakonan Aaron Aziz tu sweet sangat macam AS. Ibarat pepatah 'sesweet AS'. Kalau korang nak tau, AS sweet macam tu la...Aiyo, mesti ramai nak berkenalan dengan AS lepas ni...hahahaha......[tangan di bahu, mata pandang ke atas]

Agaknya, memang ramai ek awek-awek suka lelaki yang sweet macam tu ek? Tapi AS terfikir ada tak lelaki macam tu kat dunia ni. Alahai, mak mertua pun mesti cairkan. Memang menantu pilihan lah. Bagi AS, se sweet mana pun lelaki tu, kalau dia dah jadi suami, si isteri tu tetap kena hormat dia dan janganlah ambil kesempatan. Susah nak cari lelaki sweet-sweet macam AS ni....hahahaha...

Tapi kan ada jugak lelaki 'sweet sour'. Kenalah berhati-hati ye. Kalau sebelum kawen sweet la, lepas kawen, semuanya masam....hampehhhhhh.

p/s: AS nak tanya, apa definisi lelaki sweet bagi wanita?

Rabu, 2 November 2011

WORDLESS WEDNESDAY #3


Apakah ini? Ini adalah 'Hand Sanitizer' cap Dettol! Bagus ni untuk perlindungan diri korang~

COOLNYA MEMBACA NOVEL!

Salam. Hai korang. Lamanya AS tak tulis blog sebab broadband tak bayo. nI dah bayo dah. Oh ya, blog ni dari tukang karang ditukarkan ke ANiP SWEET…agar blog ni lebih dekat ngan anda dan diringkaskan kepada AS. AS nak bebel pasal novel!
Korang suka baca novel tak? Mesti ramaikan yang suka baca novel. AS yang lelaki pun suka baca novel….hehe. Eh, tapi ramai manusia yang telah setkan di otak yang kaum perempuan je yang baca novel. Ouch…salah tu, kene tukar balik mindset tu. Lelaki ke, perempuan ke, dua-dua boleh baca novel. Tak de undang-undang yang menghalang.
Korang, sebenarnya ada macam-macam jenis novel sebenarnya. Contohnya, ada novel awal remaja, novel remaja dan novel dewasa. Pengkelasan novel-novel ini berdasarkan kandungan di dalamnya. Kalau novel awal remaja tu tak de la kisah cinta-cintun kalau nak dibandingkan dengan novel remaja.
AS tengok ramai yang salah tanggap, selalu orang akan cakap semua novel adalah cerita tentang cinta. Memang banyak novel cinta kat pasaran, itu yang ada kakak2 yang menangis baca novel…hahaha. Sebenarnya ada macam-macam tema novel. Ada pasal politik, pasal keluarga, pasal anak angkat, pasal hubungan manusia dengan Tuhan dan cerita fantasi pun ada.
Kawan-kawan AS pun ramai yang tulis novel ni, boleh dapat royalti selepas setahun diterbitkan dan royalty dibayar mengikut jualan novel kita. Bila kita dah sekali tulis novel, selalunya syarikat tu akan offer kita lagi untuk menulis.
Ok. La, sampai di sini dulu coretan AS. Yang mana tengah baca novel tu bolehlah sambung baca novel tu balik. Kalau ada novel yang best, bolehlah kongsikan dengan AS.k.


Koleksi novel AS