Followers

Selasa, 8 November 2011

WORDLESS WEDNESDAY #4

LELAKI SWEET


Assalamualaikum Warahmatullah. Dah pukul 2 pagi sewaktu AS menaip entri ini. Oh ya AS yang sweet ni nak wish Salam Aidiladha kat korang. Korang melantak berapa kilo daging hah? Actually AS memang tak makan daging pun.

Korang tengok tak Nora Elena? Mesti ramai tengokkan sebab lwatak Seth lakonan Aaron Aziz tu sweet sangat macam AS. Ibarat pepatah 'sesweet AS'. Kalau korang nak tau, AS sweet macam tu la...Aiyo, mesti ramai nak berkenalan dengan AS lepas ni...hahahaha......[tangan di bahu, mata pandang ke atas]

Agaknya, memang ramai ek awek-awek suka lelaki yang sweet macam tu ek? Tapi AS terfikir ada tak lelaki macam tu kat dunia ni. Alahai, mak mertua pun mesti cairkan. Memang menantu pilihan lah. Bagi AS, se sweet mana pun lelaki tu, kalau dia dah jadi suami, si isteri tu tetap kena hormat dia dan janganlah ambil kesempatan. Susah nak cari lelaki sweet-sweet macam AS ni....hahahaha...

Tapi kan ada jugak lelaki 'sweet sour'. Kenalah berhati-hati ye. Kalau sebelum kawen sweet la, lepas kawen, semuanya masam....hampehhhhhh.

p/s: AS nak tanya, apa definisi lelaki sweet bagi wanita?

Rabu, 2 November 2011

WORDLESS WEDNESDAY #3


Apakah ini? Ini adalah 'Hand Sanitizer' cap Dettol! Bagus ni untuk perlindungan diri korang~

COOLNYA MEMBACA NOVEL!

Salam. Hai korang. Lamanya AS tak tulis blog sebab broadband tak bayo. nI dah bayo dah. Oh ya, blog ni dari tukang karang ditukarkan ke ANiP SWEET…agar blog ni lebih dekat ngan anda dan diringkaskan kepada AS. AS nak bebel pasal novel!
Korang suka baca novel tak? Mesti ramaikan yang suka baca novel. AS yang lelaki pun suka baca novel….hehe. Eh, tapi ramai manusia yang telah setkan di otak yang kaum perempuan je yang baca novel. Ouch…salah tu, kene tukar balik mindset tu. Lelaki ke, perempuan ke, dua-dua boleh baca novel. Tak de undang-undang yang menghalang.
Korang, sebenarnya ada macam-macam jenis novel sebenarnya. Contohnya, ada novel awal remaja, novel remaja dan novel dewasa. Pengkelasan novel-novel ini berdasarkan kandungan di dalamnya. Kalau novel awal remaja tu tak de la kisah cinta-cintun kalau nak dibandingkan dengan novel remaja.
AS tengok ramai yang salah tanggap, selalu orang akan cakap semua novel adalah cerita tentang cinta. Memang banyak novel cinta kat pasaran, itu yang ada kakak2 yang menangis baca novel…hahaha. Sebenarnya ada macam-macam tema novel. Ada pasal politik, pasal keluarga, pasal anak angkat, pasal hubungan manusia dengan Tuhan dan cerita fantasi pun ada.
Kawan-kawan AS pun ramai yang tulis novel ni, boleh dapat royalti selepas setahun diterbitkan dan royalty dibayar mengikut jualan novel kita. Bila kita dah sekali tulis novel, selalunya syarikat tu akan offer kita lagi untuk menulis.
Ok. La, sampai di sini dulu coretan AS. Yang mana tengah baca novel tu bolehlah sambung baca novel tu balik. Kalau ada novel yang best, bolehlah kongsikan dengan AS.k.


Koleksi novel AS

Rabu, 19 Oktober 2011

Contest DANIEL ADIE : SISPA



Contest ni dianjurkan oleh blogger Adie yang femes tu....Hadiahnya best sangat sebab dapat angry bird n fereroche. Best kan!!! Senyum ikhlas dan senyum palsu...inilah senyuman aku yang menawan qalbu!!!


Senyuman sebelah kiri adalah senyum palsu sebab aku memang berniat nak mengambil gambar, so kenalah senyum pada kamera. Jadi senyum tu bukan datang dari hati. Itu hipokrit namanya.Gambar sebelah kanan pula adalah senyum ikhlas. Gambar ni ada orang yang tangkap tanpa aku tahu gambar aku diambil dan memang aku tengah senyum waktu tu. Itulah senyuman ikhlas, senyum yang lahir dari sanubari.

SLOGAN: 'Terkadang senyuman palsu terukir apabila sukma saya tidak ikhlas melempar senyuman, apatah lagi kalau hati tidak aman, fikiran di awang-awangan, hanya jasad yang berhadapan, senyuman sekadar sembunyikan perasaan"

Aku tag dekat ASILAH dan KEMBAR

CONTEST BEST PHOTO OF ME BY MAYALISA



Kali ni nak join contest oleh Maya Lisa. Simple je Contest dia, semua blogger boleh join. Kalau nak join, klik je banner kat atas ni. Ok la. untuk penyertaan contest ni, aku nak calonkan pic aku yang sangat vogue ini...hehehe.....harap dapat mengkagumkan cik Maya Lisa....

Dan aku tag dekat dua blog ni ANIP dan ANIP juga....

SELAMAT JOIN YE KORANG!!!

CORETAN JIWANG 1

SEMOGA AWAK BAHAGIA




Macam mana kita boleh kenal? Ketika itu, awak sering menangisi cinta awak dan dia yang tidak kesampaian. Awak ditinggalkan dan kata awak, awak benar-benar sayangkan cinta pertama awak itu. Sayalah tempat awak meluahkan segalanya dan sayalah juga yang memberikan tisu untuk awak menghapuskan air mata. Saya sering pujuk awak agar melupakan dia dan hari demi hari yang berlalu membuatkan kita semakin rapat. Entah bagaimana, saya merasakan saya ingin menjaga awak buat selamanya. Kalau awak merajuk, saya akan hadiahkan coklat dan bunga, selepas itu pasti saya dapat melihat senyuman awak. Awak, saya dapat rasakan awaklah cinta hati saya. Saya terpikat pada wajah ayu awak, pada peribadi awak, pada tingkah awak dan pada pakaian awak-berbaju kurung sentiasa. Tetapi panas tidak semestinya berpanjangan. Saya mengerti, inilah adat orang bercinta. Saya sabar. Entah kenapa, petang tu, awak marah sangat pada saya. Ya, saya akui saya lewat sampai di tempat yang kita janjikan sebab lambakan kerja di pejabat. Selepas tu, saya pujuk awak dengan coklat dan bunga. Kali ini pujukan saya tidak menjadi. Awak kirim kembali coklat dan bunga yang saya beri. Saya sedih, mengapa marah benar awak pada saya. Panggilan telefon saya awak biarkan begitu sahaja. Sudah tiga hari, saya tidak jumpa awak jadi, saya bertekad untuk ke pejabat awak. Mungkin awak terlalu sibuk. Saya bawakan coklat dan bunga paling istimewa. Di persimpangan jalan ke pejabat awak, saya ternampak awak. Tetapi dengan lelaki lain. Dari jauh, saya telefon awak, awak tidak angkat dan saya dapat SMS dari awak yang minta putus. Sebaik sahaja membaca SMS itu, saya berlalu pergi, meninggalkan awak dan juga cinta yang awak puja sekarang. Mungkin awak masih belum boleh terima kehilangan cinta pertama awak dan apabila dia kembali dalam hidup awak, awak terus terimanya dan tinggalkan saya, coklat dan bunga. Awak, selamat tinggal! Biarpun perit, saya akur. Mungkin awak bukan jodoh saya. Semoga awak berbahagia dengan cinta pertama awak, itu doa saya untuk awak. Pastinya saya merindui senyuman awak ketika ini.

Nukilan saya sendiri dan hak cipta adalah terpelihara

Sumber gambar: Miss Google

WORDLESS WEDNESDAY #2

WORDLESS WEDNESDAY

Sabtu, 1 Oktober 2011

CINTA MUKA BUKU


Sekarang ni tak salah kalau aku cakap zaman ni zaman Facebook! Ramaikan yang buat akaun Facebook sekarang ni. Aku pun lebih layan Facebook….Twitter kadang-kadang…..Myspace dengan Friendster dah lama aku tak bukak. Passwords pun dah lupa rasanye. Blogger-blogger yang nak add aku tu, aku persilakan….orang yang tiba-tiba nak add aku tanpa motif memang la aku tak layan….demand sikit aku ni!

Oh ya korang mesti suka lagu adik Najwa Latif….aku panggil adik la….sebab aku abang sikit dari dia….alah lagu Cinta Muka Buku tu. Memang sedapkan….kat carta-carta lagu tengah hits skang ni. Pandai adik Najwa Latif ni buat lagu tu dan liriknya oleh kakak dia sendiri.

Skang ni ramaikan artis-artis youtube yang diangkat bakatnya di persada muzik tanah air macam Najwa Latif la. Kalau dah berbakat tu, insya-Allah ada je rezeki di mana-mana. Tahniah ya ADIK NAJWA LATIF! Jom request lagu ni kat radio-radio!

(sumber pic Najwa dari Facebook)

Ahad, 25 September 2011

BLOGGER COPY PASTE



Hye blogger-blogger sekalian. Guys, perasan tak? Ada macam-macam kategori blogger dalam dunia berblog ni. Yang paling aku rasa janggal bila baca blog yang jenis ‘copy paste’. Aku tau korang pun mesti pernah copy paste kan masa buat assignment….hehehe….. Ok….kita dah melalut ke lain ni.

Oh, sesetengah blogger ni main copy paste je kan kat blog diorang. Ada tu main copy paste dari paper online….ada ke patut, salin bulat-bulat buat entri sendiri. Tak malu betul orang macam ni. Lagi satu, boleh je nak buat entri pasal apa yang korang baca tapi janganlah samapi copy paste….bagi ulasan ke…..pendapat korang ke…x pe la jugak….

Bila korang dah amek idea dari orang lain, pandai-pandailah kreditkan dekat blog korang sumber korang dapat bahan untuk entri korang tu. Hati-hati ye….jangan sampai di cop ‘BLOGGER COPY PASTE’!!!.





Sumber gambar: Pak Cik Google