Followers

Selasa, 16 Julai 2013

KETUK-KETUK RAMADAN

Ketika menaip entri ni, Nipnip sebenarnya tengah menonton rancangan masakan nombor satu di Malaysia ni. Maklumlah, bulan-bulan puasa ni, rancangan masakan memang menjadi pilihan. Betul tak? Yang suka memasak tu, pasti kalau tengah ber'online' tu akan google resepi-resepi yang mudah untuk diikuti. Blog resepi pun semakin banyak sekarang. 

Nipnip sendiri pernah berjumpa Sheila Rusly ni. Masa tu Nipnip tingkatan tiga, dia dan krew dia datang ke sekolah Nipnip untuk pengambaran Dokumentari DR. Mahathir. Memang tegas orangnya masa bertugas. Rancanga Ketuk-ketuk Ramadan kendalian Sheila Rusly ni dah masuk tahun ke-8 rupanya. Lama betul bertahan, jadi tidak kisahlah jika Sheila Rusly mencanangkannya sebagai rancangan masakan nombor satu di Malaysia. Rancangan ni akan menjemput artis atau selebriti untuk memasak selain Sheila Rusly sendiri yang akan menunjukkan bakatnya memasak. Kadang-kadang memang kelakar tengok telatah Sheila Rusly ni, itu yang menjadikan rancangan ni lebih menarik.

Semoga Ketuk-ketuk Ramadan ditayangkan lagi pada musim-musim mendatang.