Followers

Sabtu, 9 Jun 2012

CERPEN AS DALAM MINGGUAN MALAYSIA


Assalamualaikum Warahmatullah dan salam Satu Malaysia readers! AS nak kongsikan kegembiraan AS hari ni. Hari ni (10 Jun 2012), cerpen karya AS disiarkan dalam Mingguan Malaysia. Silalah beli Mingguan Malaysia dan jemputlah membaca cerpen AS ni ya. =)

Jumaat, 8 Jun 2012

Segmen : Bloglist With Yana


Hye readers! Anip Sweet @ AS terbaca tentang segmen yang dianjurkan blog Yana ni. Rasanya AS berminat untuk sertainya. Mudah je pun. Korang pun boleh join. Boleh ke blog Yana untuk maklumat lanjut. Just buat tajuk entri "Segmen : Bloglist With Yana", masukkan banner di atas, promote segala link yang kita ada seperti blog, twitter dan sebagainya dan yang terakhir, letak la gambar kita yang paling comel tu! hehehe....Eh, jangan lupa untuk letak link entri yang dah siap tu pada entri di blog Yana.


AS rasa ini peluang AS nak perkenalkan blog AS yang masih baru tu. Kepada yang baru kenal AS, salam perkenalan AS ucapkan! Selamat datang ke blog AS ni.k

Link Blog ANIP SWEET: http://www.anipsweet.blogspot.com

Link twitter ANIP SWEET: https://twitter.com/#!/haniffyusoff


AS mengalu-alukan sesiapa yang nak follow twitter AS.  Oh ya, blog AS ni pun tak sampai setahun lagi. Harap  korang yang dah lama berblogging ni sudi ke teratak ANIP SWEET ni. 


Ok inilah gambar ANIP SWEET yang terbaru! Sila jangan tergoda....hahaha... AS nak ucapkan terima kasih kepada semua yang sudi membaca entri ini. 

SEKIAN, TERIMA KASIH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Rabu, 6 Jun 2012

CITA-CITA

Kalau AS ingat balik masa sekolah, macam nak tergelak pun ada. Eleh, korang pun mesti sama kan. Ok, yang nak tergelaknya fasal isi ruangan cita-cita masa di sekolah dulu tu. Kena isi tiga cita-cita setiap tahun. AS selalu letak cikgu setiap tahun. Selepas tu ada doktor la, saintis la, polis pun ada. Masa darjah tiga dulu, AS cakap dekat cikgu nak jadi polis, cikgu cakap takkan nak jadi polis? Gaji sikit. Terus cikgu cadangkan pegawai polis! AS terpinga-pinga....hah? em....ok...AS pun setuju je la bagi cikgu isi. Masa sekolah menengah pun kena isi jugak rasanya borang alah ni, tapi masa sekolah menengah rasanya AS tulis keje yang lebih banyak gajinya....hahahaha...maklumlah, dah baligh! Hahaha....Persoalannnya kan, masa kita isi benda tu, kadang-kadang rasa macam isi sebab terpaksa. AS tak rasa apa-apa pun masa isi tu. Mungkin sebab tu la, AS tak jadi pun semacam yang AS tulis cita-cita AS dalam borang tu.

Ada bakat jadi model tak?
Pada ketika ini AS hanya mengejar cita-cita sebagai seorang penulis dan juga pensyarah. Insya-Allah AS nak sambung master dan raih cita-cita idaman AS. Doakan ya!