Korang suka baca novel tak? Mesti ramaikan yang suka baca novel. AS yang lelaki pun suka baca novel….hehe. Eh, tapi ramai manusia yang telah setkan di otak yang kaum perempuan je yang baca novel. Ouch…salah tu, kene tukar balik mindset tu. Lelaki ke, perempuan ke, dua-dua boleh baca novel. Tak de undang-undang yang menghalang.
Korang, sebenarnya ada macam-macam jenis novel sebenarnya. Contohnya, ada novel awal remaja, novel remaja dan novel dewasa. Pengkelasan novel-novel ini berdasarkan kandungan di dalamnya. Kalau novel awal remaja tu tak de la kisah cinta-cintun kalau nak dibandingkan dengan novel remaja.
AS tengok ramai yang salah tanggap, selalu orang akan cakap semua novel adalah cerita tentang cinta. Memang banyak novel cinta kat pasaran, itu yang ada kakak2 yang menangis baca novel…hahaha. Sebenarnya ada macam-macam tema novel. Ada pasal politik, pasal keluarga, pasal anak angkat, pasal hubungan manusia dengan Tuhan dan cerita fantasi pun ada.
Kawan-kawan AS pun ramai yang tulis novel ni, boleh dapat royalti selepas setahun diterbitkan dan royalty dibayar mengikut jualan novel kita. Bila kita dah sekali tulis novel, selalunya syarikat tu akan offer kita lagi untuk menulis.
Ok. La, sampai di sini dulu coretan AS. Yang mana tengah baca novel tu bolehlah sambung baca novel tu balik. Kalau ada novel yang best, bolehlah kongsikan dengan AS.k.

try la novel keluaran fixi..tema cintan cintun xde sgt la
BalasPadamHye Cik Violet...
BalasPadamWow, tak pernah dengar lagi...nanti AS try cari...
thanks ya~
novel tu bnda wajib beli. no wonder la AS bole menulis, minat baca novel jua rupanya :)
BalasPadam