Followers

Khamis, 31 Mei 2012

BERAT AS DAH NAIK!

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh....Anip Sweet bagi salam panjang ni, so jawablah dengan panjang juga ya readers! Hai readers! Lama AS tak menaip di blog ni. AS dah cuci sawang kat sini, siap dah cat baru lagi...hahaha. AS ada ja, cuma belum datang mood nak menulis kat blog ni walaupun keinginan tu ada. Oh ya macam tajuk kat atas, AS rasa AS sekarang ni memang menternak lemak la. Berat AS memang naik sekarang ni, tapi tak de la nampak sangat sebab AS masih slim river-? macam dulu. Masih kurus la! Orang pun tak berapa percaya berat AS dah naik, tapi penimbang tu cakap berat AS memang naik...sebulan ke sebulan sekejap je naiknya. Dalam setahun, berat AS dah bertambah 5 kilo!

Tapi AS memang tak nafikan, selera AS bukan main lagi setelah tanam anggur kat rumah ni. tengah-tengah malam pun AS akan makan nasi lagi. Memang beselera la, padahal masa kecik-kecik dulu, emak dengan ayah beli vitamin macam-macam sebab AS jenis tak makan nasi sangat. Lagi pun masa AS beberapa bulan di KL, kerap juga melantak MC'D dengan KFC. Kalau outing memang fastfood la menjadi pilihan.

Kalau AS jumpa kawan-kawan, topik yang selalu diorang cakap adalah fasal AS yang kurus, suruh makan banyak-banyak. Ya, berat AS dah naik ni, harap gosip-gosip macam tu dah berhenti. Hahahaha

Huhu...AS harap AS dapat aktif balik kat sini, lagi pun blog AS ni masih baru dan perlu diteruskan. Banyak sebenanrnya yang AS nak kongsikan. Tak pe, perlahan-lahan AS akan kongsikan di sini. Thanks readers Anip Sweet!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan