Followers

Rabu, 2 November 2011

WORDLESS WEDNESDAY #3


Apakah ini? Ini adalah 'Hand Sanitizer' cap Dettol! Bagus ni untuk perlindungan diri korang~

COOLNYA MEMBACA NOVEL!

Salam. Hai korang. Lamanya AS tak tulis blog sebab broadband tak bayo. nI dah bayo dah. Oh ya, blog ni dari tukang karang ditukarkan ke ANiP SWEET…agar blog ni lebih dekat ngan anda dan diringkaskan kepada AS. AS nak bebel pasal novel!
Korang suka baca novel tak? Mesti ramaikan yang suka baca novel. AS yang lelaki pun suka baca novel….hehe. Eh, tapi ramai manusia yang telah setkan di otak yang kaum perempuan je yang baca novel. Ouch…salah tu, kene tukar balik mindset tu. Lelaki ke, perempuan ke, dua-dua boleh baca novel. Tak de undang-undang yang menghalang.
Korang, sebenarnya ada macam-macam jenis novel sebenarnya. Contohnya, ada novel awal remaja, novel remaja dan novel dewasa. Pengkelasan novel-novel ini berdasarkan kandungan di dalamnya. Kalau novel awal remaja tu tak de la kisah cinta-cintun kalau nak dibandingkan dengan novel remaja.
AS tengok ramai yang salah tanggap, selalu orang akan cakap semua novel adalah cerita tentang cinta. Memang banyak novel cinta kat pasaran, itu yang ada kakak2 yang menangis baca novel…hahaha. Sebenarnya ada macam-macam tema novel. Ada pasal politik, pasal keluarga, pasal anak angkat, pasal hubungan manusia dengan Tuhan dan cerita fantasi pun ada.
Kawan-kawan AS pun ramai yang tulis novel ni, boleh dapat royalti selepas setahun diterbitkan dan royalty dibayar mengikut jualan novel kita. Bila kita dah sekali tulis novel, selalunya syarikat tu akan offer kita lagi untuk menulis.
Ok. La, sampai di sini dulu coretan AS. Yang mana tengah baca novel tu bolehlah sambung baca novel tu balik. Kalau ada novel yang best, bolehlah kongsikan dengan AS.k.


Koleksi novel AS

Rabu, 19 Oktober 2011

Contest DANIEL ADIE : SISPA



Contest ni dianjurkan oleh blogger Adie yang femes tu....Hadiahnya best sangat sebab dapat angry bird n fereroche. Best kan!!! Senyum ikhlas dan senyum palsu...inilah senyuman aku yang menawan qalbu!!!


Senyuman sebelah kiri adalah senyum palsu sebab aku memang berniat nak mengambil gambar, so kenalah senyum pada kamera. Jadi senyum tu bukan datang dari hati. Itu hipokrit namanya.Gambar sebelah kanan pula adalah senyum ikhlas. Gambar ni ada orang yang tangkap tanpa aku tahu gambar aku diambil dan memang aku tengah senyum waktu tu. Itulah senyuman ikhlas, senyum yang lahir dari sanubari.

SLOGAN: 'Terkadang senyuman palsu terukir apabila sukma saya tidak ikhlas melempar senyuman, apatah lagi kalau hati tidak aman, fikiran di awang-awangan, hanya jasad yang berhadapan, senyuman sekadar sembunyikan perasaan"

Aku tag dekat ASILAH dan KEMBAR

CONTEST BEST PHOTO OF ME BY MAYALISA



Kali ni nak join contest oleh Maya Lisa. Simple je Contest dia, semua blogger boleh join. Kalau nak join, klik je banner kat atas ni. Ok la. untuk penyertaan contest ni, aku nak calonkan pic aku yang sangat vogue ini...hehehe.....harap dapat mengkagumkan cik Maya Lisa....

Dan aku tag dekat dua blog ni ANIP dan ANIP juga....

SELAMAT JOIN YE KORANG!!!

CORETAN JIWANG 1

SEMOGA AWAK BAHAGIA




Macam mana kita boleh kenal? Ketika itu, awak sering menangisi cinta awak dan dia yang tidak kesampaian. Awak ditinggalkan dan kata awak, awak benar-benar sayangkan cinta pertama awak itu. Sayalah tempat awak meluahkan segalanya dan sayalah juga yang memberikan tisu untuk awak menghapuskan air mata. Saya sering pujuk awak agar melupakan dia dan hari demi hari yang berlalu membuatkan kita semakin rapat. Entah bagaimana, saya merasakan saya ingin menjaga awak buat selamanya. Kalau awak merajuk, saya akan hadiahkan coklat dan bunga, selepas itu pasti saya dapat melihat senyuman awak. Awak, saya dapat rasakan awaklah cinta hati saya. Saya terpikat pada wajah ayu awak, pada peribadi awak, pada tingkah awak dan pada pakaian awak-berbaju kurung sentiasa. Tetapi panas tidak semestinya berpanjangan. Saya mengerti, inilah adat orang bercinta. Saya sabar. Entah kenapa, petang tu, awak marah sangat pada saya. Ya, saya akui saya lewat sampai di tempat yang kita janjikan sebab lambakan kerja di pejabat. Selepas tu, saya pujuk awak dengan coklat dan bunga. Kali ini pujukan saya tidak menjadi. Awak kirim kembali coklat dan bunga yang saya beri. Saya sedih, mengapa marah benar awak pada saya. Panggilan telefon saya awak biarkan begitu sahaja. Sudah tiga hari, saya tidak jumpa awak jadi, saya bertekad untuk ke pejabat awak. Mungkin awak terlalu sibuk. Saya bawakan coklat dan bunga paling istimewa. Di persimpangan jalan ke pejabat awak, saya ternampak awak. Tetapi dengan lelaki lain. Dari jauh, saya telefon awak, awak tidak angkat dan saya dapat SMS dari awak yang minta putus. Sebaik sahaja membaca SMS itu, saya berlalu pergi, meninggalkan awak dan juga cinta yang awak puja sekarang. Mungkin awak masih belum boleh terima kehilangan cinta pertama awak dan apabila dia kembali dalam hidup awak, awak terus terimanya dan tinggalkan saya, coklat dan bunga. Awak, selamat tinggal! Biarpun perit, saya akur. Mungkin awak bukan jodoh saya. Semoga awak berbahagia dengan cinta pertama awak, itu doa saya untuk awak. Pastinya saya merindui senyuman awak ketika ini.

Nukilan saya sendiri dan hak cipta adalah terpelihara

Sumber gambar: Miss Google

WORDLESS WEDNESDAY #2

WORDLESS WEDNESDAY